Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 19 December 2006

wanita solehah...wanita cerdik...

Islam adalah agama bagi orang yang cerdik.Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga. Itlah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia. Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi.Cerdik adalah penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya. Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami.

Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia pandai menysuaikan diri. Suami akan menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami. Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah. Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang. Terpaksa mengorbankan segala-gal demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai dirinya disisi Tuhan.

Sebab Rasullullah memilah isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan (cerdik pandai). Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin di samping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu. Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari iman.Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW. Kesemuanya isteri baginda 11
orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan disebut-sebut. Yang cerdik diantara mereka, bijak pula dan selalu disebut-sebut oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha. Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.

Kadangkala waniat-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah. Mereka cergas, tangkas,bijak, rajin di hadapan boss,bersama kaum lelaki, turun naik bas untuk ketempat kerja, menghadiri majlis social, lincah berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya. Ini bukan wanita cerdik.

Waniat cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Wanita cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah wanita cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.

Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ke tangan Rasulullah. Sayiditina Aisyah sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah b'tunang dgn org lain. Ummu Salmah (kedua cerdik) pernah m'jadi kepada isteri kpd Abu Salamah. Zainab r.a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dgn yang lain-lainnya ada yg pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkn sbg isteri...